Quantcast
Channel: DONNYIEN.COM » tips blogging
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7

Fokus utama menulis, berblogging

$
0
0

 

Selamat sejahtera sahabat-sahabatku dimana sahaja anda berada. Semoga sihat semuaya.

Google image

Berjumpa lagi kita di alam maya ini. Hari ini saya ingin mengulas sedikit pasal “fokus”. Apa fokus utama kita untuk menulis, berblogging. Setiap kali saya mengunjungi blogger sahabat, artikel yang di post adalah hampir sama terutama blog peribadi. Saya ambil satu contoh, bila blogger lain menulis pasal sesuatu keputusan, rata-rata ramai blogger menulis benda yang sama. Mungkin hasilnya baik untuk seketika namun harus diingat juga sejauh mana artikel itu dapat bertahan.Saya tak kata semua, hanya ada beberapa blog sahaja yang betul-betul “stand out from the crowd”. lain dari yang lain dan tak terikut-ikut. Korang sendiri tahu siapa mereka, mungkin juga anda, yang sedang membaca post ini saya ucapkan tahniah. Saya sendiri sebenarnya tidak lari daripada cabaran ini, saya mengaku hehe.. Saya harap saya dapat memperbaikinya di masa akan datang.. ya, mulai sekarang juga!. Rasanya boring juga kan jika pattern ini tidak di ubah di masa hadapan, Mungkin 10 tahun dari sekarang blog tidak lagi releven dek kerana perubahan arus teknologi yang begitu cepat membangun, siapa tahu.. Pembaca sekarang semakin bijak memilih bahan bacaan yang bersesuaian dengan mereka, yang memenuhi citarasa mereka. Jika blog kita tiada daya tarikan atau keunikan tersendiri, tiada aura yang mampu mencairkan hati pembaca, jangan pula kata blog kita tidak ada pelawat, earning sikit dan terus tak ada mood untuk menulis, blog di biarkan berminggu-minggu tanpa di update.. bukan tak ada masa tapi buntu tak ada idea menulis. Memang rugilah namanya kita berbelanja puluhan malah ratusan ringgit untuk membeli hosting dan domain tersebut, terutama bagi mereka yang serius nak buat duit online untuk side income keluarga. Tambahan pula semakin ramai blogger baru yang tumbuh selepas hujan, bukan macam 10 tahun yang lepas. Persaingan juga semakin sengit. Klik ads, cpuv, dan Earning blog juga semakin merosot. Ramai yang merungut pasal ini. Tapi tidak tahu dimana silapnya. Jangan hanya mengharap engine carian dan sosial media semata-mata, tahu tak blog kita ada pengunjug setia yang kita sendiri tidak menyedari kehadiran mereka.. Saya tengok suda ramai blogger yang tidak lagi aktif menulis, terlalu mudah untuk give up. Blogging juga perlukan masa untuk berbuah, sama dengan bisnes di luar sana, bukan hari ini buat blog lusa dapat hasilnya. lainlah kalau depa tu sudah senang, atau sudah retired menulis, ataupun memang tidak minat langsung menulis, hanya terikut-ikut dengan kawan, dia pun nak ikut juga, maka bolehlah ucapkan selamat tinggal pada blog tersebut. Maaf kalau ada yang terasa sebab inilah yang berlaku sebenarnya.

Saya bukanlah sehebat blogger lain, bukan tahu sangat pasal SEO dan sebagainya, namun sebagai penulis di alam maya yang berasaskan blog sebagai medium perkongsian informasi dan pusat perniagaan online, memang perlu untuk saya dan korang untuk mempelajari basic untuk menjadi seorang blogger. Banyak website dan blog yang memerikan informasi berguna pasal buat blogging ni. Saya juga masih mempelajari selok belok bagaimana berblogging dengan cara yang betul, bukan setakat itu tetapi ingin menjadi seorang penulis yang berjaya, saya percaya satu hari nanti kita semua mampu menerbitkan buku atau ebook sendiri berdasarkan kepada kepakaran masing-masing, mungkin dalam niche teknologi, perubatan ataupun masakan dan banyak lagi sebenarnya, kalau tak tahu apa niche blog kita, boleh fikirkan sekarang, mungkin ia sesuatu yang anda minat. Siapa tahu kan… Saya sendiri mula jatuh cinta dengan niche motivasi dan spiritual selain personal dan informasi, saya cuba gabungkan ia menjadi satu artikel dalam masa yang sama dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat bukan sahaja hari ini malah untuk generasi di masa akan datang. Lagipun tak ramai blogger yang menulis tentang niche ini. Satu lagi, bila kita dapat berkongsi sesuatu yang dapat memotivasi orang lain, kita sendiri juga akan turut bermotivasi untuk menulis, perasaan untuk berkongsi benda tu semakin membuak-buak dan idea menulis itu datang dengan sendirinya. Juga besar pahalanya jika kita berkongsi kasih terhadap sesama manusia, kasih yang Tuhan berikan kepada umatnya, kasih yang semakin jarang dipraktikan dan di gunakan pada masa ini, lihat saja pererangan yang sedang berlaku di dunia ini, bunuh membunuh, perasaan saling benci-membenci itulah yang melenyapkan manusia sesama sendiri. Back to the point, bila kita sudah jatuh cinta dengan sesuatu, tentunya mudah bagi kita untuk menulis, tiada alasan tak ada idea menulis dan berbagai macam alasan lain.

Berbalik pada fokus utama kita buat blog, apa fokus utama kita menulis. Adakah kita menulis kerana orang lain juga menulis, bila mereka tak menulis kita juga tak ada mood menulis? siapa pula sasaran utama kita, adakah hanya untuk blogger? seeloknya apabila kita menulis, jangan lupa bahawa artikel yang kita tulis bukan hanya berfokus kepada blogger semata-mata tetapi harus diingat juga bahawa ada ramai pembaca di luar sana yang mahu membaca coretan kita, luahan isihati kita, pembaca lebih ramai bilangannya dari blogger. Tulislah sesuatu yang bermanfaat untuk pembaca kita dan yang paling penting sekali ialah cari keunikan sendiri. Stand out from the crowd. Tak perlu terlalu taksub mengejar trafik untuk mendapat duit cepat, tak perlu berhempas pulas update blog tiap hari jika ianya kurang kualiti. Target kita berblogging adalah untuk jangka masa panjang, biar lambat update asalkan berkualiti. Siapa sangka satu hari nanti ada Editor atau Syarikat yang berminat dengan gaya penulisan dan personaliti unik kita, nak buat business dengan kita.. mudah-mudahan dan jangan lupa bahawa we can’t do nothing without Him. Berdoa selalu minta pertolongan. Jika permintaan kita ikhlas, tidak ada yang mustahil bagiNya, ask and you will be given…

“Ask, and it will be given to you; seek, and you will find; knock, and it will be opened to you. Matthew 7:7 And whatever things you ask in prayer, believing, you will receive. Matthew 21:22

Finally my friend, sahabat-sahabatku yang kukasihi, terima kasih kerana sudi membaca artikel yang panjang berjela ini, semoga ianya bermanfaat untuk semua terutama blogger baru. Diharap ada sesuatu yang kita dapat pelajari di sini dan seterusnya dapat memperaiki diri kita dari masa ke semasa terutama dalam fokus utama kita untuk berblogging, mudah2an.. jumpa lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7

Latest Images

Trending Articles





Latest Images